Kerjaya mekanik Ferruccio Lamborghini

Beliau membuka sebuah garaj di Pieve di Cento di mana beliau mengembangkan rekaan kenderaan sendiri buat kali pertamanya mengubahsuai sebuah kereta Fiat Topolino sebelum beralih kepada penghasilan traktor-traktor.[8]

Pada tahun 1947, saat Itali mengalami pembaharuan industri dan pertanian, beliau mengembangkan rekaan traktor dipasangkan pengatom yang memudahkan ia dijana petrol berbanding diesel yang lebih berkos mahal pada ketika itu